Tuesday, June 28, 2011

Sebiji Kek Coklat Dijadikan Upah


Assalamulaikum.. Anyeong.. Huhu.. Hari ini ada cerita sikit. Macam nie ceritanya. Pada suatu hari.. Burung-burung pun berkicauan. Ada yang bekerja, ada yang tak. Hehe.. Pada mulanya saya cuma nak hantar 'repair' baju kurung saya dengan mak cik saya. Fadhilah namanya. Tapi saya panggil mak cik ila. Bila dah siap, saya tanya la mak cik saya. Berapa harga tolong 'repair'kan baju syikin nie? Lepas itu mak cik saya kata, "Tak payah la syikin, syikin buatkan kek yang 'simple-simple' je untuk mak cik ila". Hahaha.. Terus tersenyum saya baca 'message' tu. Terfikir pulak nak buat kek apa untuk mak cik saya. Kek apa ya??
 

Last-last mak saya kata, "Buat je kek coklat, mak cik ila kan suka kek coklat". Huhu.. Tanpa melengahkan masa, saya pun keluarkan bahan-bahan nak buat kek. Maklum la, bahan banyak lagi. Baki-baki buat cupcake hari tu. Ada banyak lagi. Tapi seingat saya, belum pernah lagi kek coklat yang saya buat betul-betul gebu. Selalu tu kira ok la, hanya sekadar menjadi. Tapi kali ini rasa terharu pulak sebab kek saya menjadi gebu. Usaha tangga kejayaan. Berkat usaha dan doa, akhirnya termakbul juga. Apa yang penting, semuannya kerana Allah S.W.T. So, bila nak bagi kek kat orang tu berani la sikit. Kalau tak nak jamu orang pun rasa macam tak yakin je. Lagikan nak jual nanti. Topping pun tak berapa kemas. Kena banyak 'practice' lagi. Semuanya dalam proses pembelajaran. Tapi kalau ada orang nak order, bolehlah nak cuba. Kalau kita tak cuba mana nak tahukan. InsyaAllah, boleh je. Hehe.. Sekian, wasalam.. Anyeong.. :P

1 comment: