Tuesday, June 21, 2011

REMEMBER - Think Positive


Assalamualaikum.. Anyeong.. bertemu kita kembali. Erm baru-baru nie memang sibuk betul dengan kenduri kahwin. Dari selatan sampailah ke utara. Tak putus-putus. Maklumlah. Memang bulan nie cuti sekolah. Tapi time tak cuti sekolah pun still orang buat juga. Berderet-deret. Sampaikan 1 hari itu, ad 5 jemputan. Bayangkan la kalau semua nak pergi. Tak larat kut nak makan nasi minyak 5 kali dalam 1 hari. Hahaha.. Siapa yang kuat makan jangan ceritalah. Mesti dia rasa gembira sangat. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak. Hehe..

Dalam masa yang sama, pelbagai soalan yang timbul dalam fikiran saya. Ada 50 persoalan menjadi tanda tanya berkaitan dengan jualan saya nie. Cewah.. Macam mana rasa cupcake itu? Cantik ke tak? Macam mana dia 'packing' kan? Kenapa cupcake dia tak sama macam saya buat? Kenapa dia punya lagi lembut? Kenapa kuih ini boleh jadi rangup? Kenapa tekstur dia tak sama macam selalu? Kenapa kuih ini rasa lain? Macam mana dia buat dan banyak lagi la. Tak tertulis dah jadinya. Dah ramai dah boleh buat semua nie cuma antara orang suka atau orang tak suka sahaja kita tak tahu.

So semua itu menjadi satu iktibar bagi saya untuk meneruskan perjuangan. Bila nak berjual pun perkara yang paling penting mestilah ada rasa ikhlas. Kalau tak ada susah la nanti. Silap-silap makanan yang dijual tu boleh jadi tak sedap. Siapa tahu. Mula-mula masa nak promote buat bukan main lagi. Lama-lama nanti lain dah jadinya. Kan sia-sia sahaja penat lelah yang kita keluarkan. Penat-penat kita buat, tapi orang tak suka pun. Macam mana orang nak order lagi. Dah tak sama macam yang dulu. Kan elok kalau kita kekalkan sahaja cara masa mula-mula kita nak promote. Haish.. Inilah manusia sekarang. Pentingkan untung dari rasa ikhlas menjamu orang.

Siapa-siapa pun kalau buat sesuatu kalau dipuji mesti rasa gembira tak terhingga. Tipulah kalau siapa yang kata dia tak suka dipuji. Lagi-lagi kalau orang perempuan. Lagi pulak tentang masak-memasak nie. Uiiii... senyum sampai ke pipi. Kembang sentiasa. Hehe.. So.. the point is kita haruslah berfikiran positif dalam apa jua urusan. Saya masih lagi dalam proses pembelajaran. Sama ada menjadi atau lambat menjadi, kita dah cuba sedaya upaya. Kelak nanti akan berjaya juga. So perkara yang paling penting kita kena tanamkan rasa ikhlas kerana Allah S.W.T. InsyaAllah, semuanya menjadi baik dan segala kesukaran yang dialami akan diperbaiki sedikit demi sedikit.

Next week nak buat cornflakes untuk majlis kahwin kawan abang. Saja.. Hidangkan dekat meja. Boleh jamu tetamu yang hadir nanti. Niat saya ikhlas untuk bersedekah. Sambil tu boleh promote sekali. Hehe.. Puasa pun dah nak dekat dah. Lepas nie busy la sikit. Nak cari customer. Harap-harap la nanti senuanya berjalan dengan lancar. Amin.. Sekian, Wasalam.. :D Anyeong

No comments:

Post a Comment