Tuesday, May 10, 2011

Behind My Story - My First Cupcake


Assalamualaikum.. Anyeong.. Pada mulanya, tak terlintas difikiran saya untuk buat cupcake nie. Tiba-tiba sahaja kakak saya suruh saya buat cupcake untuk majlis pertunangannya. Sebelum nie ada la gak nak cuba promote cupcake tapi saya ingat nak belajar betul-betul dulu baru promote. Last-last, saya cuba sendiri buat cupcake untuk majlis kakak saya. Memang hati saya berdebar-debar. Dah la nak bagi orang. Takut je kut tak sedap ke, atau tak menjadi. So saya pun cuba je la. Mula-mula try buat adunan cake dulu. Tengok cake tu sedap ke tak. Takut je tak sedap. Dari satu resepi ke satu resepi, akhirnya saya berjaya buat adunan cake yang sedap. Kebetulan ada adik kawan mak saya datang nak ambil barang. Dia bekas student kos kulinari & pernah berkerja di Hotel Mutiara, Johor Bahru. Mak saya pun apa lagi, alang-alang datang jamu la cupcake yang saya buat. Kebetulan saya baru je bakar, memang sedap la. Tapi dalam masa yang sama, saya takut la jugak sebab dia student kulinari, mesti pandai komen punya. Last-last dia kata kat saya, "sedap syikin buat". Saya pun apa lagi, tersipu-sipu malu. Hehe.. Alhamdullilah, saya berjaya buat cupcake.


Bila cupcake percubaan menjadi, apa lagi, saya pun teruskan perjuangan saya. Teruskan perjalanan untuk buat cupcake. Buat bersama-sama kawan karib saya. Bila cupcake dah settle, tiba la pula untuk buat aising. Haha.. Saat inilah yang paling menggerukan saya. Takut bentuk tak menjadi. Puas la tengok cara-cara bentuk aising dekat youtube tapi tak berjaya jugak. Last-last, saya bertekad. Tak apa la, nie pun kira 1st time saya buat cupcake. Kalau jadi tu kira ok dah. So saya pun buat bentuk aising yang simple. Ada dua jenis. Satu untuk isi dalam 'guddy bag', satu lagi untuk orang jamu. Berjaya juga akhirnya. Masa saya buat aising tu pun, ada dah yang bertanya, "berapa 1 cupcake nie nak jual?" Hehe.. Saya pun senyum sambil gelak. Saya kata 'tak tahu lagi, belum decide lagi.' Baru 1st time buat, dah dapat impression & feedback yang positif. Syukur, Alhamdullilah. Berkat saya buat cupcake untuk kakak saya. Lepas nie boleh la jual. Hehe.. InsyaAllah, lepas nie boleh la saya mulakan jualan cupcake saya. Dalam masa yang sama, saya akan belajar lagi cara buat cupcake yang betul dan belajar pelbagai jenis bentuk aising yang boleh direka. Mudah-mudahan.. Sekian, wasalam & anyeong ;)

No comments:

Post a Comment