Thursday, March 17, 2011

(BARU) Kuih Pertamaku Untuk Dijual

Assalamualaikum. Anyeong.. Alhamdullillah, lama betul saya menunggu saat ini. Akhirnya saya dapat jugak buat kuih hasil dari tangan saya sendiri. Gembira rasanya. Chommal nomu nomu chuahae.. Ingat lagi disebalik kisah "Cornflakes Madu" ini. Teringat zaman kecik-kecik dulu. Pada mulanya, saya hanya buka 'cup' sahaja. Masa nie kakak saya yang buat. Bila time raya, cornflakes madu nie tak pernah tak buat. Lepas zaman buka 'cup', saya cuba isi adunan dalam 'cup'. Lepas tu bakar adunan. Dan akhir sekali, saya sendiri buat adunan madu. 

Dari setahun ke setahun, saya belajar sikit-sikit. Mula-mula, tolong-tolong je. Last-last saya yang buat sendiri. Seingat saya, kuih cornflakes nie memang laku. Tiap-tiap tahun buat pun tetap habis. Tak pernah rasa jemu. Setiap kali tetamu datang untuk beraya, kuih cornflakes nie tak pernah dilupakan. Bukan itu sahaja, kebanyakkan tetamu yang datang memuji kuih cornflakes nie. Rasa terharu pulak. hehe.. Dan inilah hasilnya.

Kepada sesiapa yang berminat, contact-contact la ye.. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk gambar yang sedia ada atau anda boleh hubungi saya. Sekian, wasalam. Anyeong.. ^_^

No comments:

Post a Comment