Wednesday, January 5, 2011

Welcome To My New Blog

Anyeong.. Hehe.. Assalamualaikum, hai. Terlebih dahulu, saya ingin perkenalkan diri saya. Nama saya Norasyikin Shahahruddin, panggil saya 'syikin' pun cukup. Sebenarnya, dah lama dah saya nak try promote kuih muih dan juadah-juadah lain nie. Tapi mungkin masa tak mengizinkan. Saya cuma jual ikut mulut ke mulut je. Tapi sekarang Alhamdullillah, saya baru dapat buat blog baru untuk promote koleksi saya nie. Senang sikit kan. Kut siapa-siapa yang berminat untuk buat tempahan. Masuk je blog saya, semuanye dah tersedia. Boleh la tuk permulaan nie kan. 

Fokus jualan kuih-kuih nie yang selalunya HOT bila time perayaan. Tapi kadang-kadang sebab sedapkan, ada je pelanggan beli kuih nie bila nak buat event lagi-lagi time raya. Selain kuih raya, juadah-juadah sampingan seperti roti jala, coconut blossom, kek dan pelbagai citarasa juga ada sedia dijual. Setakat nie, nie saje yg saya baru try promote. Harap-harap lepas nie bertambah lagi senarai jualan saya, InsyaAllah.. 

Ada yang saya buat, ada juga orang lain buat. Sama-sama kongsi bisnes nie. Mudah-mudahan, berkat niat saya untuk saling bantu-membantu.
Selain itu, saya juga mengalu-alukan tempahan selain juadah yang ada dalam carta jualan atau katalog blog ni. InsyaAllah, saya cuba usahakan cari market lain untuk dipromosikan. Untuk memastikan pelanggan saya rasa lebih puas hati, saya cuba mencari pakar-pakar yang arif dalam bidang kulinari ini. Jadi sesiapa yang berminat, contact-contact la saya ok.. Sekian, Wasalam..

No comments:

Post a Comment